KUALA LUMPUR: Usahawan muda harus berani melibatkan diri dalam sektor perniagaan baharu seperti pelaburan emas, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar.
Beliau berkata Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi amat menggalakkan golongan itu melibatkan diri dalam perniagaan emas kerana ia tidak merugikan.
"Kadar keuntungan sekurang-kurangnya lima peratus ...Ini sebenarnya satu peluang yang harus dicuba oleh golongan usahawan muda," katanya kepada media selepas melancarkan emas jenama Omar dan Hana oleh Tamu Gold di sini pada Khamis.
Jenama itu merupakan hasil kerjasama antara Tamu Gold dan syarikat animasi tempatan Digital Durian dalam mengeluarkan produk berkualiti berteraskan simpanan serta pelaburan bertemakan siri animasi kekeluargaan terkenal tanah air.
Omar dan Hana, yang merupakan hasil karya Digital Durian, dipilih sebagai tema utama produk pelaburan emas Tamu Gold dalam menonjolkan sifat-sifat budaya ketimuran Keluarga Malaysia yang sentiasa bersopan-santun, saling menghormati dan mempunyai adab yang tinggi.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 10 2022
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar berucap pada Majlis Perasmian Emas Jenama Omar dan Hana oleh Tamu Gold. - Foto BERNAMA
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Tambah baik PEDi, tingkat usahawan dalam ekonomi digital - Fahmi
Pusat Ekonomi Digital (PEDi) akan ditambah baik bagi mencapai sasaran Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD).
Bazar Ramadan UKM asah potensi keusahawanan pelajar
Bazar Ramadan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menjadi platform untuk mengasah potensi keusahawanan dalam kalangan mahasiswa serta membina pengalaman berniaga bagi menjana pendapatan sendiri.
Madoo Bee sasar pemasaran 150,000 unit, lahir lebih ramai usahawan muda tahun ini
Pengeluar produk madu jenama Madoo Bee, Madoo Bee Marketing Sdn Bhd mahu melahirkan lebih ramai usahawan di negara ini selain meletakkan sasaran dapat memasarkan 150,000 unit produk pada tahun ini.
Dana usahawan Syabas akan diteruskan - Hajiji
Syabas merupakan inisiatif kerajaan negeri di bawah Kementerian Belia Dan Sukan kepada usahawan belia serta golongan muda yang ingin memulakan perniagaan.
Usahawan terutama generasi muda jangan malu dekati agensi KUSKOP - Ewon
Usahawan terutama generasi muda perlu mendekati agensi di bawah KUSKOP bagi mendapatkan bimbingan, latihan serta bantuan yang tersedia untuk membangunkan perniagaan mereka.
PRU15: Jangan pinggirkan usahawan belia
Wujud sentimen kononnya orang muda dianggap malas dan tidak berusaha sedangkan ada yang telah berhempas pulas demi kelangsungan hidup.
PRU15: Pasangan muda jana pendapatan lebih RM30,000, buka peluang pekerjaan penduduk tempatan
Kejayaan pasangan ini memperoleh pendapatan mencecah RM35,000 sebulan mungkin boleh dijadikan sumber inspirasi dalam kalangan orang muda di Kuala Pilah.
Lebih 4,000 usahawan muda dapat manfaat program MYStartup
Seramai 4,304 usahawan di seluruh negara telah mendapat manfaat daripada program MYStartup anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Jual air jagung, anak muda berusia 21 tahun raih pendapatan lima angka sebulan
Muhammad Amin bermula dengan hanya RM300 sebagai modal permulaan, hasil pekerjaan terdahulu.
Usahawan muda di ibu negara digalak mohon geran MAIWP - Shahidan
Inisiatif itu bakal dimulakan pada Ramadan ini sebagai modal awal untuk individu yang berminat menceburi perniagaan secara kecil-kecilan.